跳至主要内容

Bab 1 WARISAN NEGARA BANGSA

Kesedaran Awal Nasionalisme

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Kemunculan dan kemasyuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat.

Proses pembentukan negara bangsa mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap berdasarkan sesebuah kerajaan.
Kehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit
menunjukkan ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu selepasnya.

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat.

Ciri-ciri negara bangsa berkembang mengikut peredaran masa dan keperluan.
Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada:
  • Raja
  • Undang-Undang
  • Wilayah Pengaruh
  • Rakyat

Raja

  • Raja menjadi tonggak utama kerajaan.
  • Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar.
  • Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.
  • Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci.
  • Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.

Undang-Undang

  • Undang-undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
  • Undang-undang tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh.
  • Undang-undang menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
  • Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Katara Manawa.

Wilayah Pengaruh

  • Wilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
  • Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.

Rakyat

  • Rakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
  • Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah.

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Ciri—ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka memberikan gambaran jelas tentang kepentingan pembinaan dan perkembangan sesebuah negara bangsa.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.
Ciri—ciri negara bangsa tersebut ialah:
  • Kerajaan
  • Rakyat
  • Kedaulatan
  • Wilayah Pengaruh
  • Undang—Undang
  • Lambang Kebesaran

Kerajaan

  • Kerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja.
  • Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar.
  • Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
  • Sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan Melaka sebagai empayar yang terkenal.
  • Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan.

Rakyat

  • Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang—undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
  • Secara umum, rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
  • Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdeka dan hamba.
  • Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.

Kedaulatan

  • Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
  • Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing.
  • Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming melalui utusan yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho.

Wilayah Pengaruh

  • Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.

Undang-Undang

  • Terdapat dua undang—undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang—Undang Laut Melaka.
  • Undang—undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.

Lambang Kebesaran

  • Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
  • Antara lambang kebesaran ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-Undang

Keunggulan bererti kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan.

Dalam Kesultanan Melayu Melaka, keunggulan terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun
sehingga menjadikan kerajaan ini masyhur.

Sistem Pentadbiran

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang lengkap.

Sistem pentadbiran yang tersusun ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
Sistem ini menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka lancar dan tersusun.
Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat.
Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan.
Dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terdapat Pembesar Berempat, iaitu

  • Bendahara
  • Penghulu Bendahari
  • Temenggung
  • Laksamana

Pembesar lain yang membantu dalam pentadbiran ialah

  • Syahbandar
  • Bentara
  • Orang Kaya
  • Hulubalang
  • Penghulu

Pelaksanaan pemerintahan secara sistematik ini

menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul.

Pentadbiran Peringkat Pusat

Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat.

Hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan dengan pembesar memastikan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka.
Permuafakatan antara sultan dengan pembesar mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna
dan dapat mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah.
Permuafakatan ini wujud sehingga hari ini.
Bendahara merupakan pembesar yang mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting.
Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera.
Bendahara akan menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur.

Sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh daripada

urusan perdagangan ,
segala jenis cukai , dan
ufti daripada wilayah taklukan dan wilayah naungan.

Seorang Penghulu Bendahari dilantik bagi menguruskan perbendaharaan secara teratur.
Syahbandar dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai di pelabuhan,
Pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan.
Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina istana.
Kebijaksanaan pemerintah mengawal perbendaharaan menjadikan Kesultanan Melayu Melaka semakin maju dan makmur.
Dari aspek keselamatan pula, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan di darat dan di laut.
Keamanan negara menjadi teras kepada kemasyhuran kesultanan ini.
Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka,
Laksamana pula bertindak sebagai panglima angkatan laut Melaka.

Pentadbiran Peringkat Jajahan

Pada peringkat jajahan, Pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.

Pembesar ini dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat.
Antara peranan Pembesar termasuklah menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.

Sistem pentadbiran yang teratur memperlihatkan kebijaksanaan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mentadbir kerajaan.

Agihan tugas yang tersusun membolehkan Kesultanan Melayu Melaka unggul sebagai sebuah empayar.
Pembesar mempunyai peranan masing-masing
memastikan pentadbiran kesultanan ini berjalan dengan lancarnya.

Undang-Undang

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang

yang berasaskan syariah dan hukum adat, iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Undang-undang ini diperkenalkan bagi
melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang membincangkan antaranya termasuklah

  • Jenayah
  • Peranan Sultan dan Pembesar
  • Kekeluargaan
  • Ekonomi

Jenayah

Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian Kesultanan Melayu Melaka.

Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri.
Dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh.
Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.

Peranan Sultan dan Pembesar

Pembesar Melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran dan perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang.

Contohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar, contohnya Bendahara dan Temenggung.

Kekeluargaan

Isu kekeluargaan diberikan perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.

Dalam Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja.
Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.

Ekonomi

Perdagangan merupakan elemen penting yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia.

Undang-undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.

Undang-Undang Laut Melaka

Undang-Undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka dan diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah.

  • Peranan Nakhoda
  • Pelayaran
  • Jenayah di Atas Kapal
  • Percukaian

Peranan Nakhoda

Nakhoda berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran.

Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda.
Dalam Fasal 13.1, dinyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari.
Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan.

Pelayaran

Undang—undang Pelayar dijelaskan peranan beberapa pegawai selain nakhoda, antaranya termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu.

Pelaksanaan peranan masing—masing akan menjadikan pelayaran selamat dan lancar.
Contohnya,
Dalam Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran.
Malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat.
Dalam Fasal 9, jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.

Jenayah di atas kapal

Perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal.

Undang-undang Jenayah menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak.
Contohnya,
Dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati.

Percukaian

Percukaian yang sistematik dan adil dilaksanakan.

Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.
Contohnya,
cukai perjalanan dan hasil perniagaan.
Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang, sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya, sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.

Sistem pentadbiran dan kewujudan undang-undang yang unggul

Sistem pentadbiran dan kewujudan undang-undang yang unggul menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang terkenal.

Pentadbiran yang tersusun menjamin perjalanan pemerintahan yang lancar dan cekap.
Undang—undang yang sistematik pula menjamin keselamatan kesultanan ini.
Pematuhan kepada perintah dan juga undang—undang oleh rakyat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan yang membawa kemakmuran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sistem pentadbiran dan kewujudan undang-undang yang unggul menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang terkenal.

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat.

Rakyat yang bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain.
Perkaitan ini berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan.
Hubungan secara timbal balik ini mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan ini.

Golongan Pemerintah dan Rakyat

Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu

golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Golongan Pemerintah
  • Sultan
  • Pembesar
  • Kerabat Raja
  • Ulama
Peranan Sultan
  • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda.
  • Mewujudkan perpaduan rakyat.
  • Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan.
  • Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.
Peranan Pembesar
  • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
  • Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
  • Mengutip hasil melalui sistem serah.
  • Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
Golongan Diperintah

Rakyat terdiri daripada peniaga, petani, tukang dan nelayan.

Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

Peranan Rakyat
  • Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
  • Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah.
  • Menjadi tentera.
  • Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong.
  • Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
  • Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan.

Hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjamin kesejahteraan.

Hubungan ini dapat memelihara kedaulatan raja dan kesejahteraan rakyat.
Sebagai rakyat, kita perlu menjaga hubungan baik dengan pemerintah bagi mengekalkan kemajuan dan keamanan negara.

评论

此博客中的热门博文

2024 国中 SPM高考 Sejarah K1 选择题 根据Bab

2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab1 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab2 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab3 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab4 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab5 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab6 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab7 TEST 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab1 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab2 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab3