跳至主要内容

Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME

Kesedaran Awal Nasionalisme

2.1 Maksud Nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan

yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan

menentang penjajahan dan pembelaan terhadap bangsa dan negara.

Nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai

kebebasan politik, ekonomi dan sosial

daripada penguasaan orang asing.

Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana

idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling

seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.

Pendapat Tokoh

Hans Kohn

Nasionalisme merupakan satu gerakan

yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

William R. Roff

Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri

pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua.

Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi.

Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap

sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu.

Dato' Onn Jaafar

Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat,

boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri

dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.

Dr. Burhanuddin al-Helmi

Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat,

iaitu National Fronts.

Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan

untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam

untuk menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa.

Dr. R. Suntharalingam

Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf

hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri

dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.

Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu.

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British.

tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu

dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan".

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

Dalam konteks Melayu sebelum merdeka,

nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu

bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.

Kesimpulan

Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah.

corak perjuangan dan karisma pemimpin yang mendukung perjuangan.

Nasionalisme berkait rapat dengan perasaan cinta akan negara

yang mencetuskan keinginan membina negara bangsa dan melahirkan identiti sendiri.

Nasionalisme ialah gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan

dengan menggunakan persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah

yang bertujuan membebaskan bangsa dan negara daripada penjajahan.

Gerakan nasionalisme menuju matlamat yang sama,

iaitu membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat.

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja

Nasionalisme di Barat menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Contoh nasionalisme antiraja ialah Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.

Idea nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan untuk

memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing

seperti Revolusi Amerika.

Revolusi Keagungan (1688)

Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku

disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.

Revolusi Keagungan tercetus berikutan pemerintahan Raja James II

Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.

Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak

dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda.

Raja James II Menyedari sokongan yang semakin berkurangan,

Raja James II melarikan diri ke Perancis.

Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana

peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.

Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange.

konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan.

Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen

untuk menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

Revolusi Amerika (1776)

Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.

Penentangan penjajahan British ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika

Walaupun mereka sebahagian daripada empayar British.

Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika.

Penduduk Amerika menentang akta yang memungut cukai di jajahan

seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.

Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan"

kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.

Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington

dan mengisytiharkan perang terhadap British

untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.

Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika

Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson (1776)

Perisytiharan Kemerdekaan Amerika menegaskan bahawa sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin

hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan penduduk

maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.

Revolusi Amerika berakhir (1783),

apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.

Sebanyak 13 buah bekas tanah jajahan tersebut digabungkan

dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat

Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Revolusi Perancis (1789)

Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang

memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis

seperti Jean Jacques Rousseau (Rousseau) dan Voltaire.

Rousseau telah menulis The Social Contract

The Social Contract mengemukakan keunggulan suara rakyat

bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Suara rakyat digelar sebagai "hasrat umum"

"hasrat umum" merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran.

Menurut Rousseau,

kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi.

Sasaran golongan revolusi adalah terhadap

pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.

Golongan bangsawan memonopoli pelbagai keistimewaan,

sebaliknya

rakyat terbeban dengan pelbagai cukai.

Golongan revolusi menggempur penjara Bastile,

membebaskan tahanan politik

dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI.

Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis

Revolusi Perancis mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.

Kesimpulan 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Idea nasionalisme di Barat mencetuskan kesedaran

dan kebangkitan memperjuangkan kedaulatan negara

yang menekankan hak dan prinsip kedaulatan rakyat.

Idea nasionalisme ini memberikan iktibar kepada kita

tentang kepentingan ilmu pengetahuan

untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.

Idea nasionalisme tersebar ke dalam gerakan nasionalisme di luar Eropah

termasuklah di Asia dan Asia Tenggara.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

2.5 Perkembangan Nasionalisme di Malaysia

Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan

daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah.

Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia dan Asia Tenggara

mencetuskan kebangkitan nasionalisme di

Nasionalisme di India

Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.

Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857 merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.

Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama.

Brahmo Sarnaj dan Arya Sarnaj merupakan pertubuhan yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan

dan daripada pengaruh budaya Barat.

Pada penghujung abad ke-19,

Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual

kemunculan golongan intelektual memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun.

Golongan intelektual menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan

seperti Kongres Kebangsaan India (Indian National Congress, INC) [1885] dan Liga Muslim [1906].

Pada awal abad ke-20,

muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal

seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.

Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal menggerakkan semangat penentangan

secara militan terhadap British.

Selepas Perang Dunia Pertama,

INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British.

Tindakan tidak bekerjasama dengan British diterajui oleh Mahatma Gandhi.

Mahatma Gandhi menjadikan satyagraha sebagai pegangan

untuk menggerakkan nasionalisme di India.

Selepas Perang Dunia Kedua,

INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas

INC dan Liga Muslim merangka rancangan pembahagian India, iaitu negara India dan Pakistan.

Pada 1947,

Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka

Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.

India pula mengisytiharkan kemerdekaan pada 1947,

Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India.

Nasionalisme di China

Nasionalisme di China mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina

daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.

Nasionalisme China bermula penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu,

Dinasti Manchu dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat.

Masyarakat China hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu kerana

Dinasti Manchu gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat.

Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti-Barat kerana

menentang campur tangan kuasa Barat di China.

Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen.

Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu—i)

sebagai ideologi perjuangan,

iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.

Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu—i) menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911,

Gerakan Revolusi China berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China.

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada

kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam kerana

sistem pemerintahan Islam dan agama Islam diancam oleh imperialisme Barat.

Kesedaran ini mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

Gerakan Pan-Islamisme

Pada tahun 1883,

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa

(Ikatan yang Kuat).

Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.

Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa

untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme.

Idea Pan-Islamisme ialah seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia

untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.

Pada tahun 1914,

Empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat

bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.

Pemerintah empayar Uthmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Hamid II

menggerakkan idea Pan-Islamisme ini.

Gerakan idea Pan-Islamisme mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu.

Contohnya, kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan [1915].

Gerakan Islah

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam.

Gerakan Islah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.

Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaan tempatan

yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.

Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis

dan memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan.

Nasionalisme di Jepun

Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun

dan disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat.

Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun

Gerakan Pemulihan Jepun menekankan pemodenan mengikut model Barat

supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.

Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah

semasa era Pemulihan Meiji.

Gerakan Pemulihan Jepun meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan

menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia

pada awal abad ke-20.

Namun begitu, desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera

menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.

Semangat bushido ialah sikap:

  • sanggup menanggung risiko,
  • bersungguh-sungguh mencapai cita-cita, dan
  • sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.

Nasionalisme di Filipina

Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing.

Antara tokoh nasionalis penting termasuklah Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio) serta Emilio Aguinaldo (Aguinaldo).

Nasionalisme peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda dipimpin oleh Jose Rizal.

Gerakan Propaganda menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol

dan mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.

Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina [1892]

untuk mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.

Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal.

Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi.

Katipunan merupakan gerakan revolusioner telah menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina.

Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina [1896]

untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, namun usaha ini gagal.

Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat

dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.

Namun begitu, Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo [1899]

tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat.

Di bawah penjajahan Amerika Syarikat,

golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan

dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.

Sergio Osmena merupakan pemimpin Parti Nasionalis,

dan dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina [1907].

Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua.

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

Nasionalisme di Burma ialah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani menentang imperialisme British.

Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat

berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.

Golongan kelas pertengahan menubuhkan Persatuan Belia Buddha [1906]

untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.

Persatuan Belia Buddha menggunakan isu kasut untuk membangkitkan nasionalisme.

Selepas diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal seperti U Ba Pe,

Persatuan Belia Buddha dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma.

Isu yang berkaitan dengan bangsa Burma mula diperjuangkan.

Menjelang tahun 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka.

Golongan sami Buddha seterusnya menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi

dan mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932).

Pemberontakan Saya San yang diketuai oleh Saya San, seorang bekas pongyi.

Saya San mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai.

Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma 1935.

Perlembagaan Burma 1935 memisahkan Burma dengan India

dan merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma)

untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma.

Pemimpin Parti Do Bama Asiayone seperti Aung San, Kyaw Nein dan U Nu

menggelar diri sebagai "Thakin," bermaksud tuan

dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma.

Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya [1937]

dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama di Myanmar.

Nasionalisme di Vietnam

Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis.

Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.

Golongan bangsawan dan pegawai memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.

Nasionalisme Vietnam disalurkan melalui akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee.

Tribune Indige dan Cloche Felee mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.

Gerakan nasionalisme Vietnam selepas Perang Dunia Pertama bercorak revolusi.

yang didukung oleh dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme dan komunisme.

Parti utama aliran nasionalisme ialah Parti Nasionalis Vietnam (VNQDD), di bawah pimpinan Nguyen Thai Hoc.

manakala Golongan komunis diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV), di bawah pimpinan Ho Chi Minh.

Perjuangan VNQDD berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme.

Parti VNQDD melancarkan pemberontakan pada tahun 1930 untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam.

Namun begitu, Perancis menangkap dan menghukum mati pemimpin VNQDD, termasuk Nguyen Thai Hoc.

Gerakan revolusi menentang Perancis diteruskan oleh Ho Chi Minh melalui PKV.

Pada bulan September 1945, Ho Chi Minh berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara.

Ho Chi Minh dilantik sebagai presiden pertama.

Manakala Vietnam Selatan yang berpusat di Saigon masih berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat.

Gerakan menentang penjajahan Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk pada tahun 1976.

Nasionalisme di Indonesia

Nasionalisme di Indonesia pada awalnya berkisarkan isu pendidikan

untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.

Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita.

Karya Kartini, terutama surat yang diutus kepada rakan-rakannya di Eropah,

diterbitkan dengan judul *Hilang Gelap Terbitlah Terang* pada tahun 1911.

Karya Kartini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul *Letters of a Javanese Princess*.

Karya Kartini mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia.

Kesedaran nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun

seperti Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat.

Gerakan nasionalisme menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik

yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI), dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI).

Kepimpinan Soekarno menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang berpengaruh.

Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar *Sumpah Pemuda*.

*Sumpah Pemuda* menjadi tonggak nasionalisme. Tiga asas dalam sumpah tersebut ialah:

  • satu tanah air,
  • satu bangsa, dan
  • satu bahasa.

Bagi mengukuhkan perjuangan pertubuhan ini, Soekarno mempelopori pembentukan *Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia* (PPPKI).

PPPKI ialah gabungan organisasi dan parti politik Indonesia

yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

Nasionalisme di Thailand

Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain,

kerana bersifat antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan.

Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara

serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.

Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi dan pemodenan.

Raja Mongkut membina hubungan baik dengan British, Amerika Syarikat, dan Perancis,

sambil memulakan langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.

Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan

dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan, dan polis.

Pemodenan negara dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan oleh Raja Chulalongkorn,

menjadikan Thailand bebas daripada penjajahan kuasa Barat.

Nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.

Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.

Sementara itu, Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat,

yang melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932,

menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak dan memperkenalkan pemerintahan raja berperlembagaan.

Pemerintahan baru ini meletakkan raja pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri urusan pentadbiran.

Urusan pentadbiran dijalankan oleh Perdana Menteri.

Semasa Perang Dunia Kedua, dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun.

Thailand turut memperoleh semula hak wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Kesedaran nasionalisme di negara kita

dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kesedaran nasionalisme di negara kita berkembang

semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan.

Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar

dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka

seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah

seharusnya disanjung.

Setelah berundur dari Melaka,

Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali

dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis,

namun serangan tersebut menemui kegagalan.

Penentangan terhadap ancaman luar juga dilihat melalui perjuangan Sultan Kedah,

iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Baginda berusaha untuk mendapatkan Pulau Pinang kembali

Pulau Pinang pernah merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah sebelum ini.

Perjuangan baginda merupakan perjuangan terawal

menentang British di Kedah.

Begitu juga dengan kesungguhan dalam menentang penjajah

seperti yang dilakukan oleh Penghulu Dol Said,

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam, Dato' Bahaman, Rentap, Mat Salleh,

Tok Janggut, dan Haji Abdul Rahman Limbong.

Perjuangan mereka bersifat setempat,

namun selari dengan erti nasionalisme,

iaitu perjuangan menuntut kebebasan daripada ancaman luar

dan mendaulatkan wilayah masing-masing.

Kesedaran awal mendapat reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah

sehingga memaksa masyarakat kita bergerak secara sederhana.

Kesedaran nasionalisme perlu dikaitkan dengan perjuangan tokoh agama

sejak awal abad ke-20.

yang dibawa oleh gerakan Islah.

Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin,

Haji Abbas Mohd Taha, dan Syed Sheikh al-Hadi.

Kesedaran ini kemudiannya diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar

yang digerakkan oleh individu seperti Zainal Abidin Ahmad (Za'ba),

Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai,

Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain),

dan Fatimah Yaakub.

Selain itu,

terdapat perjuangan yang digerakkan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu.

Tokoh ketika itu ialah Ibrahim Haji Yaakob,

Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, dan Burhanuddin al-Helmi.

Walaupun menghadapi kekangan kewangan, halangan undang-undang, dan pengawasan ketat pemerintah,

perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat tetap diteruskan.

Kesedaran nasionalisme telah lama wujud dalam pemikiran dan tindakan tokoh di negara kita,

sama ada daripada pihak sultan, pembesar, tokoh agama, wartawan, guru, penulis, atau rakyat.

Perkembangannya bergerak secara teratur,

dan perjuangan mereka dizahirkan dalam pelbagai bentuk.

Hal ini dapat dilihat melalui gerakan secara terbuka, setempat, mahupun melalui idea penulisan dan berpersatuan

yang terus berkembang bagi mempengaruhi masyarakat kemudiannya.

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Kemunculan nasionalisme pada abad ke-20

didorong oleh beberapa faktor seperti ,

• peranan agama,

• penulisan kreatif,

• media cetak,

• sistem pendidikan,

• golongan intelektual,

• pengaruh luar dan serantau.

Faktor-faktor ini menyemarakkan semangat nasionalisme untuk menentang penjajah.

Peranan Agama

Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir

terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir,

pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, dan Rashid Rida.

Gerakan Islah menyeru umat Islam

kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis.

Gerakan ini juga muncul untuk menentang imperialisme Barat

di negara-negara Islam.

Penulisan Kreatif

Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen, dan puisi

digunakan oleh tokoh nasionalis sebagai wadah

untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah

serta penderitaan rakyat.

Hal ini memberikan impak kepada rakyat

untuk memahami realiti hidup yang dijajah.

Contohnya, novel *Melor Kuala Lumpur* oleh Harun Aminurrashid

dan cerpen *Cerita Awang Putat* oleh Abdul Rahim Kajai.

Karya Pak Sako pula menyindir penjajah

dan mengingatkan anak bangsa akan kepentingan kebebasan.

Media Cetak

Media cetak seperti akhbar dan majalah

berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita.

Antara akhbar awal ialah *Jawi Peranakan*,

yang menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura dan isu bahasa Melayu.

Akhbar *Sekala Melayu* pula digunakan untuk bacaan di sekolah Melayu.

Kemunculan *Al-Imam*, *Neracha*, dan *Pengasuh* membawa idea pembaharuan,

manakala *Fajar Sarawak* mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak bumiputera Sarawak.

Sistem Pendidikan

Pendidikan moden Islam melalui madrasah

meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar pada awal abad ke-20.

Antaranya termasuk Madrasah al-Attas di Johor Bahru (1914),

Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916),

dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar (1926).

Institusi ini menerima idea nasionalisme melalui kunjungan ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat

dan kepulangan pelajar dari Mesir.

Institusi seperti Raffles Institution di Singapura,

Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK),

dan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)

melahirkan golongan yang memimpin rakyat menuntut hak pendidikan.

SITC menjadi medan ilmu untuk berbincang dan menghasilkan karya nasionalisme

bagi menyedarkan masyarakat.

Kemunculan Golongan Intelektual

Sistem pendidikan melahirkan golongan intelektual,

seperti lepasan Timur Tengah dan pendidikan Inggeris serta Melayu.

Contohnya, Syed Sheikh al-Hadi menggerakkan idea pembaharuan,

manakala tokoh lain seperti Abdul Kadir Adabi,

Dato' Undang Rembau Abdullah Haji Dahan,

Mohammad Eunos Abdullah,

Ustaz Abu Bakar Mohd Said (Abu Bakar al-Baqir),

dan Ibrahim Haji Yaakob

menggunakan akhbar serta persatuan untuk menyedarkan rakyat.

Pengaruh Luar dan Serantau

Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah

menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar.

Pengaruh Gerakan Islah di Mesir pula

menggesa umat Islam melakukan pembaharuan progresif.

Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia

yang menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan

untuk memperjuangkan nasib mereka.

Gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen

juga membangkitkan kesedaran nasionalisme,

manakala idea perjuangan Mahatma Gandhi di India dan Jose Rizal di Filipina

turut menjadi inspirasi.

Kesimpulan 2.6

Perkembangan akibat pengaruh dalaman dan luaran

menyemarakkan pergerakan nasionalisme di negara kita.

Kesannya, lahirlah golongan intelektual

yang berjuang melalui organisasi, penulisan kreatif,

dan penubuhan persatuan untuk mendaulatkan negara.

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perkembangan nasionalisme di negara kita

boleh dilihat melalui tiga aspek.

Pertama, perkembangan nasionalisme yang dipelopori oleh golongan intelektual.

Kedua, perkembangan nasionalisme ditinjau melalui penulisan

oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya seperti akhbar, majalah, novel, cerpen serta puisi.

Ketiga, perkembangan nasionalisme melalui kewujudan pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik

yang diterajui oleh pelbagai pihak.

Perjuangan Golongan Intelektual

Pergerakan nasionalisme di negara kita dipelopori oleh golongan intelektual berpendidikan agama, golongan intelektual berpendidikan Inggeris, dan golongan intelektual berpendidikan Melayu.

Intelektual Berpendidikan Agama

Tokoh berpendidikan agama berjaya membangkitkan kesedaran melalui beberapa cara seperti yang berikut.

Peranan tokoh yang digelar sebagai Kaum Muda

menyalurkan idea melalui gerakan Islah dan menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan

untuk dunia dan akhirat.

Tokohnya seperti Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin,

Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha.

Kesedaran mereka ini didorong oleh kecenderungan

terhadap gerakan Islah semasa menuntut di Timur Tengah.

Penubuhan madrasah oleh Kaum Muda turut menyebarkan fahaman Islah.

Kesedaran pentingnya pendidikan menyebabkan

lebih banyak madrasah ditubuhkan yang membawa kesan positif kepada masyarakat.

Antara madrasah yang ditubuhkan termasuklah Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor,

Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak.

Pelajarnya membawa kemajuan dan pemodenan dari aspek sikap serta pentafsiran terhadap Islam.

Selain itu, wanita turut diberikan peluang belajar di madrasah.

Pembentukan intelektual baharu Islam ini mendorong mereka berusaha menyatukan rumpun Melayu dan memajukan Islam melalui pentafsiran baharu

seperti yang dibawa oleh reformis Mesir.

Idea mereka disalurkan melalui akhbar dan majalah yang membangkitkan kesedaran nasionalisme.

Antaranya termasuklah akhbar Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha dan Tunas Melayu.

Intelektual Berpendidikan Inggeris

Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada tahun 1905

melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris dan berperanan dalam perkembangan nasionalisme.

Maktab ini pada asalnya ditubuhkan untuk melatih anak bangsawan

bagi diserapkan dalam pentadbiran kerajaan British.

Lepasan maktab ini menggunakan kedudukan mereka

untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi orang Melayu.

Lepasan maktab ini seperti Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah

dan Raja Uda Raja Muhammad.

yang bertugas sebagai pegawai kerajaan menuntut British memperbaik taraf hidup orang Melayu.

Mereka juga menuntut pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan.

Mereka menyalurkan idea dan tuntutan dengan cara berbaik-baik dengan British

serta menggunakan akhbar seperti Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu.

Intelektual Berpendidikan Melayu

Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang ditubuhkan pada tahun 1922

berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha seperti yang berikut.

Peranan guru antaranya termasuklah O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid.

Mereka berjaya meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar

sehingga lahir ramai tokoh penulis dan nasionalis.

Kewujudan Pejabat Karang Mengarang dengan Ketua Penterjemahnya Za'ba,

telah berjaya menghasilkan buku berkualiti.

Pejabat ini menjadi pemangkin untuk mengasah bakat pelajar

dalam usaha membangkitkan semangat kebangsaan.

Antara tokoh nasionalis yang muncul daripada kepesatan karya pejabat ini termasuklah Buyong Adil dan Abdul Hadi Hassan.

Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia

menjadikan SITC sebuah taman ilmu yang mendedahkan pembaharuan dari negara luar.

Kurikulum SITC yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah

dan pendedahan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu

membangkitkan kesedaran kepada penuntutnya.

Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan

dianggap penting dalam kurikulum di SITC.

Pada tahun 1929, lahirlah Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar

dan Ikatan Semenanjung Borneo.

Kedua-dua pertubuhan ini akhirnya melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan Melayu Muda.

Perjuangan Melalui Penulisan

Nasionalisme digerakkan melalui penulisan

oleh tokoh nasionalis melalui akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi.

Akhbar dan Majalah

Akhbar dan majalah memainkan peranan

dengan mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa,

polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua

serta isu pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Syarikat Jelutong Press menyuburkan

kegiatan penerbitan akhbar pada masa itu.

Intelektual yang berpendidikan Melayu dan Inggeris

turut terlibat dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu

Mohammad Eunos Abdullah menerajui akhbar Utusan Melayu

dan Lembaga Melayu.

Muncul juga akhbar seperti Warta Malaya,

Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis dan Majalah Guru.

Pengarang seperti Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali),

Muhammad Yusof Abdul Hamid,

Dato' Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai

mula bersuara tentang pendidikan dan politik tanah air.

Akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malay Mail

dan The Malaya Tribune turut memuatkan

perkembangan sosiopolitik dan ekonomi di negara kita.

Di Sarawak pula, akhbar Fajar Sarawak

yang ditulis oleh Muhammad Rakawi Yusuf,

Muhammad Awi Anang,

Muhd Daud Abdul Ghani serta Haji Abd Rahman Kassim

menjadi saluran untuk menyedarkan kaum yang dijajah.

Seruan dalam Fajar Sarawak,

"fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku"

menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan.

Di Sabah, kebanyakan isu pendidikan, tanah bumiputera

dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua-ketua Anak Negeri

dalam mesyuarat mereka dan melalui aktiviti persatuan sosiobudaya.

Akhbar Masyarakat Cina dan India

Editor akhbar Cina biasanya merangsang pemikiran

masyarakat Huachiao (kaum Cina seberang laut)

untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita

dan menyemai perasaan cinta akan negara China.

Orientasi dan aspirasi penulisan akhbar

cenderung ke arah negara asal mereka.

Antara akhbar tersebut termasuklah Lat Pau dan Modern Daily News.

Menjelang abad ke-20, akhbar Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao

mula memuatkan soal pemerintahan monarki

serta pergolakan politik di China.

Menjelang tahun 1929, orientasi penulisan

lebih bersifat antiimperialisme.

Sekitar tahun 1930-an, akhbar Nanyang Siang Pao

di Pulau Pinang mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi

bagi masyarakat kelas bawahan.

Masyarakat India pula cenderung menerbitkan akhbar

walaupun beroperasi dalam tempoh yang singkat.

Kandungannya memperjuangkan kepentingan politik

dan sosial masyarakat India di negara ini.

Antaranya termasuklah Tamil Nesan dan Tamil Murasu.

Akhbar The Indian dan Indian Pioneer

pula memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan bagi masyarakat kelas menengah India di negara ini.

Akhbar Tamil Nesan yang pada awalnya diterbitkan oleh peniaga India

turut melaporkan perkembangan di India dan kepentingan sosiopolitik masyarakatnya.

Karya Kreatif

Kemunculan novel berjaya meniupkan

nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita.

Semua karya ini bertemakan semangat cinta akan negara

dan perjuangan membela nasib bangsa.

Contohnya, dalam novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek

mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi.

Selain itu, terdapat puisi bertemakan cinta akan negara

seperti Angan-angan dengan Gurindam oleh Omar Mustaffa,

Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi,

Semenanjung oleh Harun Aminurrashid

dan Serunai Pujangga oleh Abdul Samad Ahmad.

Kebanyakan cerpen pula bertemakan semangat pejuang,

nasib bangsa dan cinta akan tanah air.

Ini dapat dilihat melalui karya Ishak Haji Muhammad,

Rumah Besar Tiang Sebatang, Abdul Rahim Kajai,

Cerita Awang Putat dan Shamsuddin Salleh,

Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang.

Perjuangan Melalui Persatuan

Perjuangan melalui persatuan memperlihatkan perkembangan

yang bersifat sosiobudaya dan kemudiannya politik.

Perjuangan melalui persatuan termasuklah:

Kesatuan Melayu Singapura

Persaudaraan Sahabat Pena

Kesatuan Melayu Muda

Persatuan Masyarakat Cina dan India

Kesatuan Melayu Singapura

Persatuan awal yang muncul ialah Kesatuan Melayu Singapura (KMS),

yang ditubuhkan pada tahun 1926.

Penubuhan KMS bertujuan menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran,

memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan,

serta mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi.

Kejayaan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri lain.

Contohnya, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor,

dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan.

Mereka bekerjasama dengan British dan meminta

supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran.

Persaudaraan Sahabat Pena

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) ditubuhkan

bagi menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat.

PASPAM yang bermula di Pulau Pinang pada tahun 1934,

berkembang dan giat mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu antara tahun 1934 hingga tahun 1939.

Usaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan

berjaya menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak

untuk mengutarakan isu kebangsaan.

Di Sarawak, Muhammad Rakawi Yusuf adalah antara pengasas PASPAM

cawangan Kuching dan mempunyai hubungan baik dengan ahli KMS.

Beliau bersama-sama dengan Johari Anang turut mengasaskan

Persatuan Melayu Sarawak (PMS) pada tahun 1939.

Di Sabah, ramai dalam kalangan tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif

dalam organisasi berbentuk penulisan

sehingga membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran di Sabah.

Kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat Sabah wujud pada akhir tahun 1930-an.

Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau dan Labuan pada tahun 1939

meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya.

Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada

guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga.

Antara tokohnya termasuklah Mohammad Yaakob,

Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn.

Kesatuan Melayu Muda

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan hasil daripada gagasan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937.

KMM seterusnya didaftarkan pada tahun 1938.

KMM berjuang melalui akhbar Majlis

dan berhasrat untuk menentang British

dengan mewujudkan satu gagasan yang dinamakan Melayu Raya, melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia.

KMM menyeru orang Melayu untuk

"bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di tanah airnya".

KMM dianggap radikal oleh British kerana berani menyuarakan

penentangan terhadap kerajaan kolonial

dan membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar dan majalah.

Persatuan Masyarakat Cina

Pada umumnya, sebelum Perang Dunia Kedua,

masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di China.

Pemimpin revolusi China seperti Dr. Sun Yat Sen

berusaha menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina di negara kita

dengan melawat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebanyak empat kali.

Hal ini bertujuan mendapatkan sokongan

menentang kerajaan Manchuria di China.

Terdapat masyarakat Cina yang memberikan perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan di negara kita.

Contohnya, masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan mereka yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim.

Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di Negeri-Negeri Selat.

Persatuan ini menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam kalangan masyarakat Cina.

Pada tahun 1915, Tan Cheng Lock berusaha untuk menghidupkan cawangan SCBA di Melaka.

Beliau juga menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.

Persatuan Masyarakat India

Bagi masyarakat India, beberapa pertubuhan awal ditubuhkan

bagi menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.

Antaranya termasuklah Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau Pinang.

Pada tahun 1927, Persidangan India Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur

dan diikuti oleh negeri lain.

Persidangan ini bertujuan membincangkan isu berkaitan dengan masyarakat India.

G.V. Thaver pula menubuhkan Malayan Indian Association (MIA),

khusus bagi golongan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.

Pada bulan Oktober 1936, Central India Association of Malaya (CIAM) ditubuhkan

di bawah pimpinan Dr. A.M. Soosay.

CIAM yang menggabungkan 12 persatuan India dan empat dewan perniagaan

berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah Melayu,

di samping menjaga kebajikan mereka.

Pergerakan CIAM disemarakkan lagi dengan lawatan Pandit Jawaharlal Nehru ke Tanah Melayu pada tahun 1937.

Masyarakat Sikh yang turut terlibat sebagai pasukan keselamatan,

pula menjadikan berek polis atau kuarters kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial dan keagamaan.

Gurdwara menjadi antara tempat penting bagi masyarakat Sikh mengembangkan kesedaran politik anti-British.

Pada tahun 1902, Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak

dan menjadi persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh.

Bagi masyarakat India Muslim pula,

ramai yang melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan dan pentadbiran.

Contohnya, Sir Hussein Hasanal Abdoolcader

yang merupakan ahli dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat atau Straits Settlement Legislative Council (SSLC).

Kesimpulan 2.7

Perjuangan nasionalisme yang digerakkan oleh golongan intelektual,

dengan menggunakan media massa dan menubuhkan persatuan,

mencetuskan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.

Sememangnya, keupayaan menggembleng golongan intelektual

penting untuk menggerakkan organisasi dan media massa,

demi perjuangan mendaulatkan negara bangsa.

评论

此博客中的热门博文

2024 国中 SPM高考 Sejarah K1 选择题 根据Bab

2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab1 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab2 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab3 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab4 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab5 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab6 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab7 TEST 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab1 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab2 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab3