跳至主要内容

Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara

Kesedaran Awal Nasionalisme

Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas

serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

Kedaulatan negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963

pula mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat.


Takrif Kedaulatan

Kedaulatan Dalam Bahasa Yunani

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka.


Kedaulatan Dalam Bahasa Inggeris,

kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.


Kedaulatan Dalam Bahasa Arab

Perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.


Kedaulatan Dalam Bahasa Melayu

Kedaulatan merujuk perkataan daulat.

Yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.



Kesimpulannya, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi sesebuah kerajaan.

Bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka.




Pandangan Tokoh

Aristotle (Ahli Falsafah Yunani).

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.

Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang.


Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam).

Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.

Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama.

Menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.


Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis).

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara.

Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas.

Untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.


Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama).

Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan.

Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara).

Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka.

Memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa.

Bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing.



Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara merdeka.

Untuk menjalankan pemerintahan serta melaksanakan undang-undang.

Kedaulatan penting demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Kedaulatan ini diterima dan diiktiraf oleh negara lain.

Jenis Kedaulatan

Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara.

Setiap negara mempunyai hak untuk menentukan bentuk dan jenis kedaulatan yang diamalkannya.

Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti Kedaulatan Tradisional, Kedaulatan Moden, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kedaulatan Antarabangsa.


Kedaulatan Tradisional

Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara.

Kedaulatan ini wujud sejak tamadun awal manusia.

Kedaulatan negara kita pula berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.

Kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja.

Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat.


Kedaulatan Moden

Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.

Kedaulatan juga dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.

Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.

Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa pula lahir hasil gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.


Kedaulatan Undang-Undang

Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.

Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan makmur.

Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.

Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara.


Kedaulatan Antarabangsa

Kedaulatan antarabangsa merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.

Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970, mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.

Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan bahawa dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.



Pada hakikatnya, setiap negara yang berdaulat mempunyai kekuasaan penuh untuk mengatur segala hal yang ada dalam wilayah tanpa campur tangan kuasa asing.

Pemahaman terhadap konsep kedaulatan ini memberikan kesedaran tentang cabaran bagi mempertahankan negara.

Oleh hal yang demikian, rakyat perlu menggunakan kebijaksanaan bagi menghadapi cabaran dalam mengekalkan kedaulatan negara kita.



Ciri Negara yang Berdaulat.

Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.

Negara kita turut mempunyai ciri yang menjadi identitinya.

Ciri negara yang berdaulat ialah:

mempunyai pemerintahan, mempunyai sempadan, mempunyai perundangan, dan mempunyai rakyat.

Yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat.


Mempunyai Pemerintahan.

Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga:

kestabilan politik, keamanan, pertahanan, dan ekonomi.

Pemerintahan ini dijalankan secara teratur.

Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan, mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri, yang dibantu oleh Jemaah Menteri.


Mempunyai Sempadan.

Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.

Malaysia berkongsi sempadan dengan negara jiran, termasuk:

Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, dan Filipina.

Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa, khasnya PBB.

Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, dan pertahanan.


Kesimpulan.

Kita mesti memahami dan melindungi identiti negara, agar kedaulatannya dihormati.

1.2 Ciri Negara yang Berdaulat

Setiap negara yang bebas dan merdeka
mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.
Negara kita turut mempunyai ciri yang menjadi identitinya.
Ciri negara yang berdaulat ialah
mempunyai pemerintahan,
mempunyai sempadan,
mempunyai perundangan dan
mempunyai rakyat
yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat.


Mempunyai Pemerintahan

Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga
kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi.
Pemerintahan ini dijalankan secara teratur.
Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.


Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud
pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat tiga Institusi Beraja yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu
Yang di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan,
Institusi Beraja pada peringkat negeri dan
Majlis Raja-Raja.

Demokrasi Berparlimen
Demokrasi Berparlimen bermaksud
demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya.


Mempunyai Sempadan

Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.
Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara
dengan negara jiran, iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa, khasnya PBB.
Penetapan sempadan memudahkan urusan
pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara kita.


1.2 Kesimpulan

Ciri negara berdaulat
menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai identiti yang unik.
Kita perlu memahami betapa pentingnya menjiwai dan mempertahankan identiti negara
agar negara luar menghormati kedaulatan Malaysia.

1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat

Kedaulatan negara penting bagi mewujudkan
keberkesanan pentadbiran,
kemakmuran ekonomi,
kesejahteraan sosial dan
kecemerlangan hubungan luar negara.
Selain itu, negara diiktiraf setaraf dengan negara lain.


Keberkesanan Pentadbiran

Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara
untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
Dasar pentadbiran negara dilaksanakan dengan berkesan
melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan
melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
Sistem pentadbiran juga diperkukuh
melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.


Kemakmuran Ekonomi

Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi.
Selepas negara mencapai kemerdekaan,
pelbagai usaha dilakukan
untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan yang diperkenalkan
melalui dasar pembangunan ekonomi negara.


Kesejahteraan Sosial

Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial
bagi kesejahteraan rakyat.
Negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan.
Oleh itu,
mereka dapat memberikan sumbangan untuk pembangunan negara.


Kecemerlangan Hubungan Luar Negara

Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara
untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain.


1.3 Kesimpulan

Kedaulatan dapat mewujudkan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlu memahami pentingnya mengekalkan kedaulatan negara yang diperoleh pada masa ini.

1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan

Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting
bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Oleh itu, pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk:

  • mewujudkan kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi,
  • mengekalkan perpaduan kaum,
  • memupuk patriotisme dan
  • mengukuhkan pertahanan negara.

Kerjasama ini penting bagi memastikan kedaulatan dapat dipertahankan
demi kemajuan dan kesejahteraan negara.


Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi

Pemerintah dan rakyat mempunyai peranan yang sama untuk menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan cekap dan menjalankan pelbagai usaha serta program bagi memajukan ekonomi.
Rakyat pula memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan semua usaha dan program yang dilaksanakan oleh pemerintah.


Peranan Pemerintah terhadap Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi

  • Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
  • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
  • Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi.
  • Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan.

Peranan Rakyat terhadap Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi

  • Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara.
  • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.
  • Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua.
  • Mematuhi undang-undang negara.

Mengekalkan Perpaduan Kaum

Sejak awal kemerdekaan, pemerintah dan rakyat berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum.
Perpaduan penting dalam usaha kita mengekalkan kedaulatan negara.
Beberapa langkah dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.


Peranan Pemerintah terhadap Mengekalkan Perpaduan Kaum

  • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan.
  • Merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum.

Peranan Rakyat terhadap Mengekalkan Perpaduan Kaum

  • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang dapat menjamin perpaduan kaum.
  • Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum.
  • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia.
  • Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum.

Memupuk Patriotisme

Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara serta sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya.
Patriotisme merupakan nadi kepada kebebasan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara.
Semangat ini juga penting untuk melahirkan pemimpin dan rakyat yang taat setia serta sanggup berkorban demi negara.


Peranan Pemerintah terhadap Memupuk Patriotisme

  • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara.
  • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara.
  • Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media.
  • Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan.

Peranan Rakyat terhadap Memupuk Patriotisme

  • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku.
  • Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara.
  • Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi.
  • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Mengukuhkan Pertahanan Negara

Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Pertahanan negara penting untuk mengekalkan kedaulatan negara kita.


Peranan Pemerintah terhadap Mengukuhkan Pertahanan Negara

  • Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara.
  • Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa.
  • Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan negara.
  • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa.

Peranan Rakyat terhadap Mengukuhkan Pertahanan Negara

  • Peka terhadap isu keselamatan negara. Contohnya, memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara.
  • Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
  • Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara.
  • Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

1.4 Kesimpulan

Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat dalam melaksanakan langkah
mengekalkan kedaulatan telah berjaya menghasilkan keamanan dan kesejahteraan.
Sebagai rakyat Malaysia, amat penting untuk kita menghormati kepelbagaian budaya dan agama
dalam usaha mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.
Perpaduan dan kerjasama kaum menjadi teras kepada kemakmuran, kelangsungan serta kedaulatan negara.

Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara
yang membolehkan kerajaan melaksanakan kawalan pemerintahan dan pentadbiran.
Ciri negara berdaulat menjadikan negara kita sebuah negara yang stabil dan kukuh.
Pelbagai langkah dilaksanakan untuk memastikan kedaulatan negara tetap terpelihara.
Kedaulatan negara diperkukuh melalui pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan perlembagaan.

评论

此博客中的热门博文

2024 国中 SPM高考 Sejarah K1 选择题 根据Bab

2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab1 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab2 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab3 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab4 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab5 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab6 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting4 Bab7 TEST 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab1 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab2 2024 Percubaan Sejarah K1 Ting5 Bab3